Wednesday, April 1, 2009

MENGAPA PERLU TOLAK PAS..?

1- PAS bertanding di Parlimen Bkt Gantang bukan kerana kejujurannya untuk menjadi sebuah parti bagi mentadbir negara tetapi lebih kepada untuk membalas dendam terhadap BN yang berjaya merampas kembali Negeri Perak akibat kelemahan pentadbirannya. Umum mengetahui pelantikan calon Bkt Gantang oleh PAS iaitu Nizar adalah semata-mata hendak menunjukkan kepada rakyat yang Nizar ini seolah-olah diterima rakyat Perak. Nizar langsung tidak pernah berbuat kebajikan kepada rakyat Bkt Gantang tetapi berhajat untuk menjadi wakil rakyat di situ..bukankah ini tindakan yang amat pelik?

2- Dalam statistik kerusi ahli Parimen Malaysia PAS=23, DAP=51, PKR=31, manakala BN=141 di mana UMNO=76. Ini jelas menunjukkan bahawa PAS adalah sangat berbohong mengenai keinginan mereka kononnya akan menjadi pemerintah Malaysia. Rakyat boleh membuat penilaian yang sewajarnya kerana setelah 52 tahun kemerdekaan negara, rakyat semakin bijak dan matang dalam mentafsir arus politik negara.

3- PAS langsung tidak pernah memperjuangkan Islam seperti yang didakwanya kerana PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan parti mereka. Tindakan melaungkan takbir yang bukan untuk berjihad ke jalan Allah SWT tetapi digunakan sewaktu mereka menyambut pemimpin (termasuk bukan Islam), berdemontrasi atau ketika berjumpa dengan orang-orang BN (sesama Islam dengan perasaan benci) jelas memperlihatkan penggunaan yang salah. Penjenamaan ulamak PAS atau UMNO oleh puak-puak PAS nyata menyedihkan kerana kita sebagai orang Islam hanya mempunyai satu golongan ulamak iaitu Ulamak Islam!!!

4- Orang-orang melayu perlu sedari, PAS dalam pemerintahan mereka di Perak dan Kedah tidak menampakkan usaha-usaha bagi menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya tetapi PAS hanya menjaga kepentingan puak-puaknya sahaja (jika melayu) dan memberi terlalu banyak kelebihan kepada orang-orang Cina atau Indian (puak-puak DAP & PKR). Ini kerana PAS di Perak tidak mempunyai kuasa yang besar dalam sistem pemerintahnnya.

PILIHANRAYA KECIL BERMULA!!

1- 29/3/09 akan menyaksikan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil di 1 Parlimen dan 2 DUN akan dijalan serentak iaitu Parlimen Bukit Gantang, DUN Bkt. Selambau dan DUN Batang Air.

2- Penulis telah mengahadiri semasa hari penamaan calon di Parlimen Bkt. Gantang. Suasana mula sibuk sejak jam 5.00 pagi di mana kehadiran penyokong-penyokong dari seluruh Malaysia yang terdiri dari parti BN dan PR. Penulis yang berada bersama-sama dengan jentera pilihanraya Pemuda UMNO Gerik, telah mula berkumpul dan mendapat sedikit maklumat daripada pihak polis tentang persiapan dan proses perarakan semasa penamaan calon nanti. Seluruh sekitar bandar Taiping dihujani dengan poster, banting, kain rentang dan bendera parti-parti yang bertanding.

3- Dianggarkan sekitar 30-40 ribu penyokong kedua-dua parti telah berkumpul di padang MPT seawal jam 7.00 pagi. Ini menyaksikan hampir 3000 anggota keselamatan yang terdiri daripada unit trafik, polis bantuan, FRU dan sebagainya untuk menjamin keselamatan. Bukan sahaja keadaan di padang yang sesak malah di seluruh bandar Taiping. Sehinggakan semua kedai-kedai makan yang ada penuh seperti 'semut mendapat gula'.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KEPIMPINAN PEMUDA YANG BARU

1- Pada 28 mac 2009, terbentuklah saf kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda, YB Razali Ibrahim serta Exco-exco yang telah dipilih oleh perwakilan yang merupakan suara hasrat akar umbi. Semoga pemuda akan lebih produktif dan efisyen dalam menjana modal insan terbilang.

2- Mantan Ketua Pemuda, Dato' Seri Hishammudin menjelaskan yang beliau mahu melihat saf kepimpinan pemuda yang dipilih hendaklah terus memartabatkan UMNO dalam arus politik negara. Beliau juga mengharapkan agar perpaduan dan ikatan kerjasama yang kukuh akan terbina serta dijaga oleh pemimpim pemuda kerana apa yang penting bukan sahaja jawatan dalam parti semata-mata tetapi kemenangan setiap kali pilihanraya. UMNO mesti menjadi tonggak harapan bangsa melayu dan terus memainkan peranan dalam pentadbiran negara.

3- Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak juga mahukan pemuda berani berubah dalam pendekatan politiknya. Pemuda bukan sahaja pendokong kepada aspirasi perjuangan pasti malah memainkan peranan yang lebih agresif dan bersatu padu menggembleng tenaga bagi menjayakan hasrat parti untuk menjaga kepentingan bangsa melayu, agama islam dan kemakmuran negara.

Tuesday, March 24, 2009


Calon Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin tenang ketika ditemuramah oleh pihak media semasa ditemui di lobi PWTC selepas majlis perasmian.

YB Mukhriz disambut oleh para penyokongnya sewaktu hadir ke perhimpunan perasmian mesyuarat wanita, pemuda dan puteri di PWTC semalam

PERWAKILAN BIJAK MENENTUKAN KEPIMPINAN BERWIBAWA

1- Hari ini sesi pemilihan kepimpinan pemuda bagi sesi 2009-20012 akan berlangsung di PWTC. Calon-calon bagi Ketua Pemuda terdiri daripada YB Mukhriz Mahathir, YB Khairy Jamaluddin dan YB Khir Toyo. Manakala pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda iaitu YB Razali Ibrahim dan Reezal Merican Naina Merican serta 65 orang yang akan bertanding bagi Exco Pemuda.

2- Amanat dan mesej yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib mengenai peranan serta tanggungjawab para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu mengembalikan kekuatan UMNO disamping mengelakkan daripada terpengaruh dengan sentimen luar jangka. Tambah beliau, pemilihan kali ini dilihat 'paling berat dalam sejarah' memandangkan kekuatan dan kelayakan yang dimililiki oleh setiap calon. Tegas beliau juga, pemilihan kali ini merupakan penentu kepada survival politik UMNO dalam mengharungi arus politik yang semakin kompleks.

pemudagerik : semoga sesi pemilihan dapat dijalankan dengan lancar dan pemimpin yang dipilih nanti akan membawa perubahan positif dalam menggerakkan institusi pemuda yang lebih cemerlang.


Monday, March 23, 2009

MAJLIS PEGUAM USAH CABAR ISLAM!!!

1- Majlis Peguam Malaysia diberi amaran terakhir supaya tidak terus mencabar kesabaran umat Islam apabila mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman webnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu sepatutnya menghormati perkara itu kerana kes itu masih dalam semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kabinet juga mengarahkan semua pihak menghentikan membincangkan isu tersebut.

2- Beliau juga sudah menyatakan di Parlimen isu itu tidak boleh dijadikan bahan perbincangan dan tindakan Majlis Peguam mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu menerusi laman webnya disifatkan tidak bijak. "Saya nak beri amaran terakhir kepada Majlis Peguam Malaysia dan harap mereka sebagai peguam profesional dan peguam sivil, menghormatinya. Kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dibuat tinjauan (pendapat) dan ia seolah-olah mencabar (perasaan dan kesabaran) orang Islam. "Jangan bermain api dengan orang Islam dan saya harap sikap kita (umat Islam) menghormati agama lain harus juga diterjemah oleh mereka untuk menghormati agama Islam".

3- Tegas beliau lagi, "saya harap selepas ini tidak ada lagi individu atau organisasi mempersoalkan isu ini dan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kerajaan negeri yang juga sudah lama mewartakan perkara itu, dihormati sepenuhnya." Ditanya adakah Majlis Peguam akan dipanggil untuk memberi penjelasan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu memanggil badan itu. "Hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kalau mereka mempertikaikan ertinya secara tidak langsung mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu. "Mereka jangan marah kalau menerima kebangkitan perasaan marah orang Islam," katanya. Langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam berhubung perkara itu disokong oleh beliau.

pemudagerik : Majlis Peguam sepatutnya berperanan untuk memartabatkan institusinya dengan mengambil pendekatan berkecuali dalam hal ehwal politik. Rakyat sebenarnya tahu apa yang berlaku dan apa yang dikehendaki oleh Majlis Peguam iaitu untuk berjuang demi kepentingan pihak-pihak tertentu serta sifatnya yang suka berselindung dengan hal-hal keguaman. Janganlah rasa menjadi peguam adalah menjadi manusia yang terlalu bijak pandai sehinggakan mengenepikan kepentingan negara dan kebijaksanaan rakyat keseluruhannya. Jika berminat dalam politik, jangan berselindung dengan perkataan majlis peguam tetapi turunlah ke gelanggang.