Saturday, April 11, 2009

"KABINET RAKYAT" PEMACU PERUBAHAN NEGARA

1- Tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak kerana berjaya membentuk kabinet baru yang lebih efisien dan progresif disamping tidak melupakan toleransi perpaduan dalam Barisan Nasional. Syabas juga kepada Timb. PM, Menteri dan Timb. Menteri semua dalam saf kepimpinan yang dilihat sangat seimbang dari semua aspek. Semoga pemimpin-pemimpin kita ini akan terus memacu kegemilangan negara dan mampu memenuhi kehendak rakyat. Keyakinan rakyat terhadap para pemimpin sangat positif ketika ini. Dengan komitmen yang diberikan Insyaallah, BN akan sentiasa diberi menadat dalam pentadbiran negara.

2- Kedengaran juga desas-desus tentang saf kepimpinan baru ini mengenai tiadanya jawatan bagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Khairy Jamaluddin) dikalangan rakyat. Namun, jika kita fikirkan secara lebih mendalam kita mendapati strategi yang dilakukan oleh PM sangat realistik dan taktikal. Ini memandangkan pihak pembangkang cuba mengeksploitasi kemenangan beliau dalam pemilihan KP baru-baru ini. Isu-isu rasuah dan kronisme telah dimainkan semasa pilihanraya kecil sedangkan pembangkang langsung tidak ada bukti untuk menjeaskannya. Cuma apa yang boleh dibuat ialah memberi maklumat palsu dan menuduh kononnya UMNO mengamalkan rasuah keterlaluan. KJ tahu apa yang dibuatnya dan PM tahu apa yang dirancangnya.

3- Anwar Ibrahim dalam kenyataanya dalam malaysiakini.com, kononnya akan membongkar rahsia besar ke atas isu perlantikan Dato' Seri Najib sebagai PM-6 tetapi biasalah semua rakyat dah mengenali DSAI iaitu orang yang suka membuat kenyataan popular dan berlandaskan persepsi. Dengan cara ini beliau dapat mengekalkan perhatian penyokong-penyokongnya untuk sentiasa mengharap sesuatu berita yang sebenarnya adalah palsu dan kosong. Mungkin kepada ahli-ahli PKR yang umpama 'anak burung menunggu makanan' mereka tidak lagi mengenal erti perjuangan agama, bangsa dan negara. Apa yang mereka tahu ialah setiap inci dalam BN/UMNO adalah keji serta penipuan, mereka sangat daif dalam menilai kepimpinan dan perjuangan negara. Mereka lebih rela melihat dan menjadikan Malaysia seperti negara-negara lain yang bergolak. Jika dinilai, perbuatan mereka seperti dirancang oleh pihak-pihak tertentu? Fikirkanlah...

Wednesday, April 8, 2009

KEMENANGAN NIZAR, KEMENANGAN BANGSA TERTENTU

1- BN menerima kekalahan dengan hati terbuka tanpa menghunus kesalahan kepada SPR, anggota keselamatan mahupun kerajaan sendiri. Kemenangan PR adalah hak rakyat untuk tentukan siapa pilihan pemimpin mereka.

2- PR menang tipis dan BN telah pon kenal pasti beberapa sebab. Antara sebab utama ialah kekalahan semua peti undi di Kuala Sepetang. Hasil dari pemeriksaan pengundi di situ, 85% adalah terdiri daripada orang-orang cina. Mengapa hal ini berlaku? Adakah sesuatu muslihat yang rakyat tidak nampak dalam situasi ini? Kita semua sedia maklum dan sangat rasional. Jadi, Nizar jangan sombong dengan kemengan beliau kerana yang menang bukan PAS sebaliknya ada bangsa yang mnjaga kepentingan mereka.

3- Orang-orang melayu terutama UMNO harus sedar dengan hal ini. Kemana rakan-rakan komponen kita? Malangnya jika berkenaan dengan hal jawatan negara bukan hebat diusahakannya sehingga kedengaran jawatan penting negara dipertaruhkan. PAS pula jangan alpa kerana mereka hanya dilihat sebagai 'menang sorak, tanah tergadai'. Fikirlah tentang kepentingan anak bangsa kita. Remaja melayu yang terlibat dengan dadah dah la ramai, mat rempit semakin bertambah, bohsia dan pelacur semakin luar biasa manakala puak-puak fanatik politik sanggup membunuh hak serta kepentingan bangsa sendiri. Nauzubillahhiminzalikh....

BUDAYA SAMSENG DALAM PILIHANRAYA DI BKT GANTANG

1- Ramai yang memerhatikan gelagat para penyokong PR di bkt. gantang amat memualkan, mereka ini bukan terdiri daripada orang-orang tempatan tetapi orang luar! Mereka bersikap kurang ajar kerana sanggup menahan bas-bas penyokong BN atas alasan pengundi hantu. Bukankah mereka juga terdiri dari orang luar, mungkin mereka sebenarnya pengundi hantu.

2- Kaki-kaki samseng PR digelar sebagai skuad komando PAS. Mereka ini dilatih bukan untuk mempertahankan tanah air tetapi untuk merosakkan jentera pilihanraya BN. Mereka turut dibekalkan dengan peralatan tertentu yang sudah tentu boleh menimbulkan bahaya kepada orang lain. Mereka juga dibekalkan dengan 'walkie-talkie' untuk memudahkan sebarang urusan terutama jika berlakunya sesuatu hal antara penyokong BN dan PR.

2- Skuad komando ini juga terdiri daripada remaja-remaja yang berusia belasan tahun. Polis juga berjaya menahan beberapa orang daripada remaja ini dan mereka semuanya berusia antara 15-18 tahun. Sungguh mengaibkan kerana seolah-olah wujudnya ketidakstabilan geopolitik dalam pilihanraya negara kita.

Friday, April 3, 2009

Kalimah ALLAH Untuk ISLAM

1- Dalam berpolitik tidak kira orang lama atau baru, orang islam atau bukan islam hendaklah tahu batas-batasnya. Apatah lagi berkaitan dengan isu-isu agama islam. Janganlah kerana tamakkan kuasa sanggup menggadai agama. Jangan letakkan kepentingan parti melebihi agama. Hal ini perlu diberi perhatian yang serius untuk semua rakyat Malaysia!!

2- Ucapan Anwar Ibrahim dalam cemarahnya di Batang Air mengenai hak penggunaan kalimah Allah untuk agama-agama lain jelas menunjukkan bahawa kebiadaban dan jahilnya beliau dalam memberi tafsiran tentang kalimah suci itu. Semua ini bertujuan untuk meraih undi kepada bukan islam di Batang Air, namun adakah beliau sedar mempermainkan agama dalam mengejar politik duniawi bukan sahaja akan mengahancur negara malah umat islam seluruhnya. Siapakah Anwar untuk memberi keistimewaan tersebut? Sedangkan hal tersebut telah diputuskan oleh Majlis Fatwa bahawa kalimah ALLAH khusus untuk Islam sahaja. Taubatlah beliau dengan apa yang beliau nyatakan itu. Masyaallah..

3- Umat Islam harus sedar, agama yang kita anuti ini suci dan tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya. Kita perlu tahu keterbatasan kita dalam berpolitik mahupun hal-hal lain. Sesungguhnya rakyat sudah mulai muak dan sedar dengan sikap pihak-pihak perosak politik yang menggunakan kalimah suci untuk kepentingan mereka. Ada yang kononnya mendakwa boleh mengeluarkan fatwa setaraf dengan musyawarah ulamak, menggunakan hadis-hadis bagi kepentingan politik parti dan melaungkan kalimah suci bertujuan menyatakan parti mereka adalah jihad ke jalan Allah. Astaghfirullah..

Anwar gagal menggulakan rakyat Perak..

1- Ketika memberi ceramah di Bkt. Gantang semalam, Anwar dengan angkuh telah cuba menghasut rakyat agar tidak mempercayai kepimpinan PM-6, Dato Seri Najib. Dalam ucapannya, Anwar menyebut bahawa pembebasan 13 tahanan ISA adalah salah satu strategi politik kotor BN terutama jika seseorang PM baru dilantik. Anwar juga sanggup terus menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa pemerintahan negara tidak lama lagi. Alasannya cukup mudah iaitu, mereka akan mendesak kes pendakwaan rasuah dan pembunuhan Altantuya ke atas Najib. Setelah Najib kalah kes maka secara total, pilihanraya umum akan berlaku dan PR akan menang dalam pilihanraya itu nanti. Itu JANJI ANWAR dalam ceramahnya.

2- Pada hakikatnya adakah rakyat terlalu bodoh untuk menilai apa yang diperkatakan oleh Anwar. Bagaimana beliau bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Najib akan bersalah dalam tuduhan-tuduhan itu nanti, lagaknya Anwar telah mengatasi kuasa undang-undang malah seolah-olah beliau adalah hakim! Rakyat boleh mendengar khabar angin tetapi tidak sesekali melanggar fakta yang sah. Ini kerana untuk mensabitkan kesalahan seseorang itu bukannya satu tugas yang mudah tanpa bukti atau saksi yang kukuh.

3- Rakyat semua sedia maklum, sikap keterbukaan dan toleransi yang diamalkan oleh UMNO bertujuan untuk menjaga kepentingan perpaduan rakyat. Namun, pihak pembangkang tanpa segan silu mengambil kesempatan ini untuk memburukkan kerajaan dan UMNO. Sejarah ayahanda Najib, Tun Razak jelas mempengaruhi gaya kepimpinan Najib iaitu berjuang memartabatkan orang-orang melayu terutamanya warga FELDA. Jika terdapat juga warga FELDA yang membenci Najib nyata boleh diumpamakan sebagai 'anjing menggigit tangan yang memberi makan'.

4- Karismatik dan sifat jatidiri Najib yang banyak memberi keistimewaan kepada setiap kementerian yang dipegangnya memberi impak yang cukup tinggi terhadap sokongannya. Lihat sahaja institusi pendidikan yang memberi kebaikan kepada guru-guru, bidang ketenteraan yang memperlihatkan perajurit-perajurit kita sentiasa diiktiraf dan dihargai dan lapangan belia serta sukan yang menjadi pemangkin kepada generasi muda yang berdaya saing. Najib tidak pernah berbanggga dengan apa yang telah beliau lakukan kerana beliau memegang amanah sebagai pemimpin dengan tulus ikhlas dan penuh istiqmah.

TAHNIAH DATO' SERI NAJIB, SYABAS TUN ABDULLAH

1- Seluruh rakyat Malaysia bersyukur di atas pelantikan secara rasmi Dato' Seri Najib sebagai PM ke-6. Peralihan kepimpinan tertinggi negara dengan bersih dan lancar ini jelas menunjukkan UMNO mempunyai kerjasama yang jitu serta toleransi yang cukup tinggi. Tidak ada perebutan kuasa atau penggulingan kerajaan sebaliknya pemimpin UMNO sedia berbincang untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan dalam parti melalui musyawarah. Pemilihan PM-6 merupakan pilihan yang tepat dengan arus perubahan politik semasa, semoga Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada beliau untuk mentadbir negara ini dengan terbaik.

2- Terima kasih juga diucapkan kepada Tun Abdullah di atas segala jasa dan pengorbanan beliau selama hampir separuh abad dalam mengabdikan diri sebagai penjawat awam dan pentadbir negara. Walaupun diasak kanan dan kiri, tanpa rasa goyah atau gentar beliau berhadapannya secara 'gentlement'. Inilah sebenarnya kekuatan beliau dan juga pemimpin dalam UMNO. Nasihat dan panduan yang beliau berikan kepada UMNO sungguh bermakna, amanah ini akan dibela serta dijaga selagi hayat dikandung badan.

3- Pihak pembangkang nyata gagal dalam usaha mereka untuk menghalang peralihan kuasa kepimpinan negara. Memorandum dan bantahan yang dikemukakan nyata palsu serta tidak berasas. Mereka ini wujud dalam sosialisasi politik hanya memperjuangkan kepentingan parti sahaja, jiwa mereka tidak langsung menggambarkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya, pegangan mereka "matlamat menghalalkan cara", propaganda dan persepsi menjadi senjata politik mereka. Ini semua bukan sebab untuk UMNO jatuh mahupun lemah tetapi menjadikan UMNO lebih berani, segar dan berjuang dengan sepenuh hati. Walaupun terdapat juga rakyat yang percaya malah taksub dengan fitnah-fitnah dan cerita-cerita palsu mereka, tetapi percayalah sebahagian besar rakyat tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sudah 52 tahun negara kita merdeka, rakyat amat prihatin dalam konteks kepimpinan negara.

'SATU MALAYSIA' - "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Wednesday, April 1, 2009


Pemimpin bersama rakyat : Semasa hari penamaan calon di Bkt Gantang. Kelihatan Tan Sri Muhyidin Yasin, YAB Dato' Dr. Zambry, YB dato' Seri Ahmad zahid Hamidi dan calon BN Ismail Saffian.